Monday, 27 January 2014

kebaikan susu ibu

Assalamualaikum & salam sihat dari saya..

[sekiranya ibu2 memerlukan bantuan utk menambahkan susu ibu melalui suplemen.. sy boleh bantu anda.. krn sy adalah pengedar sah shaklee..] opp... opp... baca dulu, sy nk kongsi ni... bkn hya nk promote brg shaklee je... ilmu kan.. baik kt manfaatkn bersama2...

haa... para ibu2 & bakal ibu2... nk x stok susu anda bersusun byk mcm ni.. mesti nk kan... sy ada rahsia nya... jom baca..

Alhamdulillah & tahniah sy ucapkan kpd ibu2 menedari akan khasiat & kebaikan susu ibu serta telah berjaya menyusukan bayi mereka secara eksklusif sehingga usia bayi mereka mencecah usia 2 tahun. Bukan senang tau nk maintain tanpa campur dgn susu formula...apa yg penting, adalah semangat & kekuatan ibu itu sendiri. Sy percaya, di luar sana telah ramai yg sedia maklum tentang kebaikan & khasiat susu ibu kpd ibu2 & bayi anda.. sy x kira, walau pun para ibu2 telah tahu & maklum akan perkara ini, sy tetap nk share jg... hihi... jom baca...

cerr tengok muka bby ni... ceria kan.. haa, itu tandanya bby ni shat... klu bby shat, ibu nya pun tntu happy kan... nk wat kj rumah, nk g kj.. hati senang je... kt ofc lak, setiap 2-3 jam sekali  g press susu...

susu ibu ni, ajaib tau.. klu kita press ikut jadual, die akn fllw cantik je.. sbb ia melibatkn hormon ibu tu..

tp para ibu kena lah mndisiplinkn diri.. agar susu itu jg akn keluar mengikut jadual yg telah ditetapkn. klu x tntu masa, susu pun pening nk kuar kn.. hormon kann... haa, kat sebelah ni adalah contoh jadual penyusuan susu ibu & jg jadual memerah yg boleh dijadikan panduan. haa... harus diingat, kebaikan susu ibu tu... physco skit.. hihi

Haa.. ni nk habaq mai ni ttg khasiat & jg kebaikan susu ibu. Antaranya ialah... 

Kebaikan / kelebihan susu ibu kepada ibu :
-membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
-menjarakkan kehamilan secara semulajadi
-mengurangkan risiko kanser payudara, ovary dan uterine
-mengurangkan risiko osteoporosis
-membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin

Kebaikan / kelebihan susu ibu kepada bayi:

-    sumber imunisasi pertama bayi
-    mengurangkan masalah elergi dan masalah system penghadaman
-    membekalkan zat zat dan sumber nutrisi untuk bayi


Bagaimana susu ibu terhasil / terjadi / terbentuk ?

Dari darah merah yang mengalir dalam pembuluh darah ibu bercampur dengan zat zat makanan dari usus, kemudian diproses di kilang yang amat kecil iaitu kelenjar-kelenjar di payu dara ibu , seterusnya berupaya menghasilkan nutrisi yang sangat hebat sekali.

Secara ringkasnya , Susu ibu terjadi adalah terjadi dengan kuasa ALLAH yang memproses darah merah bersama-sama zat zat makanan . Hebat bukan ?

Perbezaan susu ibu dengan susu formula / lembu ?

1- ANTIBODI
Susu ibu adalah satu-satunya makanan yang ada antibodi. Menghalang jangkitan bakteria dan kuman yang bakal menyerang bayi . Antibodi-antibodi ini terhasil dengan sangat banyak dalam susu ibu teruatama antara hari awal kelahiran . Manfaat yang diterima bayi akan terserlah dari hari ke hari .

2. KASEIN
Dalam susu lembu , akan ada kandungan kasein yang tinggi.  Ia adalah bahan yang dijumpai dalam susu basi yang berketul. Bahan ini akan mengurai kepada partikel-partikel yang besar di dalam perut dan akan menyudahkan penghadaman . Itu akan buat bayi tak selesa dan kembang perut.

3.  KANDUNGAN GULA
Susu ibu mengandungi kandungan gula yang jauh lebih tinggi iaitu 7gm/l berbanding 4.8gm/l dalam susu lembu. Ini sangat penting bagi badan bayi yang mempunyai simpanan gula yang sedikit. Gula membekalkan tenaga dan buat bayi kita .

4. GARAM MINERAL
Susu lembu mempunyai kalsium dan fosforus yang tinggi tapi nisbah tidak stabil dan susah dicerna dengan baik. Dan fosforus yang tinggi akan menyukarkan bayi menyerap kandungan kalsium dengan baik . Ini akan mendedahkan  bayi terdedah dengan risiko  tertentu kerana bayi kekurangan kalsium.

5. ZAT BESI
Susu ibu mengandungi zat besi yang tinggi sebanyak 50%. Oleh kerana susu ibu mengandungi zat besi yang rendah, bayi terdedah kepada penyakit anemia (kekurangan darah)
Dan , kenapa susu ibu ada bila time pregnant / mengandung  je ?

Susu ibu ditentukan sejenis hormon dinamakan prolaktin. Ia dirembes oleh kelenjar pituitari di otak yang akan meransang payudara untuk menghasilkan susu. Semasa mengandung , hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin. Sebaik sahaja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin akan terus meningkat . Peningkatan hormon prolaktin ini seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seorang bayi.

[ IBU MENGANDUNG PERLU elak makan : organ dalam haiwan- bayi sukar membesar , makanan stimbot, makanan mentah macam sushi – tapi makan makanan berkanji, karbohidrat, kalsium , buah, makanan yg mngandungi banyak serat ].

p/s : seeloknya menyusukan bayi selama dua tahun. Itu kita disuruh merancang dan kelahiran anak tidak terlalu rapat , selain untuk beri perhatian khusus untuk seseorang anak, ia juga mengurangkan risiko ibu keletihan .


 *** para ibu digalakkan berusaha ke arah penyusuan ibu secara eksklusif.. selain dr ibu & bayi sihat, secara tidak langsung kt jg telah menyahut seruan dlm ajaran Islam itu sndiri... pengambilan makanan yg sihat amat pnting bg memastikan khasiat yg diterima oleh bayi adalah maksimum..

ok di sini sy turunkan tips cara2 utk menggalakkan penghasilan susu ibu..




Susukan bayi dengan kerap dan perah dengan konsisten
  • Susu ibu terhasil berdasarkan konsep SUPPLY BY DEMAND. semakin banyak demand semakin banyak susu ibu yang terhasil. Jadi, semakin banyak kali bayi disusukan, otak mendapat signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan. Maka, insyaAllah susu pun bertambah banyak.
  • Satu lagi, pastikan cik B sentiasa dikosongkan pada setiap kali sesi penyusuan/perahan. Walaupun bayi adalah pam yang terbaik di dunia tetapi kadang-kala bayi tidak minum sehingga kosong atau mungkin mengosongkan sebelah sahaja payudara, jadi ibu masih perlu mengepam keluar susu supaya otak dapat menerima signal yang betul. Susu yang diperah boleh dijadikan stok sekiranya berlaku kurang susu di suatu hari ini.
  • Elakkan menunggu sehingga bengkak susu, baru perah. Hasilnya memang lumayan, namun untuk jangka masa panjang susu akan makin lama makin berkurangan. Tentunya ibu-ibu mahu menyusukan anak sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun, bukan?
  • Untuk ibu yang bekerja, perah/pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Perah pada masa yang sama setiap hari supaya otak dapat menerima dan menghantar signal yang betul. ibu akan dapati pada masa yang sama setiap hari B akan penuh dengan susu dan sekiranya lewat pam akan mengalami bengkak susu.
Minum banyak air
  • Manusia perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memenuhi keperluan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Tetapi untuk ibu yang menyusu, air yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. ini kerana air yang keluar bukan sahaja melalui sistem perkumuhan tetapi juga dari penyusuan.
  • Banyakkan, 3 liter sehari. boleh muntah air dibuatnya. sedikit tips untuk memastikan ibu minum air yang mencukupi. Sediakan bekas air yang besar iaitu 1 atau 1.5 liter sebagai indicator untuk memudahkan ibu tahu berapa banyak air yang telah diminum untuk sehari. Setiap kali lepas buang air atau menyusu, minum sekurang-kurangnya secawan air.
  • Untuk mengelakkan ke tandas terlalu kerap, minum dengan sedikit tetapi kerap. ini memudahkan badan menyerap air dan meng’optimum’kan fungsi air dalam tubuh. minum juga air semasa sedang menyusu.
  • Sediakan sebotol air masak di tepi katil. sekiranya ibu bangun malam, boleh la melegakan tekak sedikit.
  • pengambilan vitamin juga menyebabkan darah pekat, oleh itu, air diperlukan untuk melarutkan vitamin ke seluruh tubuh.
Doa
  • Senjata utama orang Islam adalah doa. Walau pun telah pelbagai usaha yang dilakukan tetapi jika Allah kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu tidak datang. Jadi, janganlah sombong dengan Allah. Banyakkan berdoa, berzikir dan mengingati Allah.
  • Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lagi banyak kita berdoa, lagi suka Allah mendengarnya. Mintalah dengan Allah, kerana hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia. 


    Inshaa Allah esok sy cite lgi yerr... sesungguhnya yg baik itu dtg nya dr Allah s.w.t.. & yg kurang molek itu dr kite hambaNya yg dhaif... wallahualam..
    Normahizan Kadim (FB)
    ID Shaklee : 910164
    WhatsApp/ sms: 012- 2056 011

No comments:

Post a Comment